Friday, 5 August 2011

saat2 ku sakit teruk

nama aku nasuha qistina.umur aku 11 tahun.
tahun ini aku skit paling teruk seperti tahun 2004 dahulu..kali ini aku kena masuk darah seperti dahulu jugak..penyakit aku ialah Sistemic Lupus Eritymatosus iaitu SLE..penyakit aku serang darah...kali ni aku kena tambah darah di Hospital Selayang dulu di Hospital Tunku Fauziah..hari tu darah aku tinggal 3.1saja tapi dulu tinggal 2 lagi la teruk waktu darah aku tinggal 2 tu aku koma dan waktu tu aku baru umur 2tahun 4 buln...kali ni aku jadi di  Hentian Bukit Gantang Highway sampai ambulan mai ambil aku yg ibu aku dok nangis...waktu tu mula aku rasa nak mati tapi hanya ALLAH yg tahu bagai mana aku menanggung derita selama 8 tahun ini...waktu di Hospital Selayang aku kena tunggu darah nak sampai darah aku dah la payah hanya 3 orang penderma sahaja tu pun di PUSAT DARAH NEGARA sahaja yg boleh darah aku ni cukup payah betapa susah darah aku.. ibu dan abah aku selalu cakap kalau la penderma yg 3 orang tu dah x dak sapa la nak derma kat aku..tah2 ngan aku2 pun x dak jugak...betapa susahnya ibu bapa aku menjaga aku...waktu balik dari Hospital Selayang aku kena masuk di Hospital Tunku Fauziah pula ...kenapa la aku sakit dah la ibu bapa aku susah kalau la aku x dak di dunia ni agar2 ibu dan bapa aku senang x....waktu dulu sebulan sekali kena pii pasai aku teruk tapi la ni kena pii setiap dua bulan sekali..kesian kat ibu dan abah aku betapa susah..ujian yg menimpa ibu bapa ku sungguh banyak sekali...
         
                         



         trima kasih DR TANG,DR LIM dan lain2 yg telah merawat aku..                          

3 comments:

  1. Wahai puteriku NASUHA QISTINA aka KAKAK, walaupun kakak sering keluar masuk hospital tak kira la kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar ataupun Hospital Selayang, Gombak ibu tetap setia menemani kakak dan tak pernah sedikitpun menyesal kerana terpaksa meluangkan masa untuk berada di samping kakak. Selama 8 tahun kakak sakit ibu tak pernah terlintas untuk bergilir-gilir dengan orang lain untuk menjaga kakak. Walau sesaatpun ibu tak nak berpisah dengan kakak ketika kakak kat dalam wad.Ibu melayan jugak karenah kakak yang kadangkala agak moody sikit tapi ibu faham kakak pun tertekan jugak tak boleh ke mana-mana dah la kenyang dengan ubat saja kan. Tengok DR JAMAL sendiri cakap tiap kali jumpa dia untuk review kakak dia akan kata kesian QISTINA banyaknya ubat nak kena makan. Tapi kakak pun dah cerdikkan, dah kenal semua ubat-ubat tu. Hai kalau ibu pun rasa tak sanggup nak telan ubat banyak-banyak macam kakak. Prednisolone 5 biji, Folic Asid 2 biji, Hydrocloroquine 1/2 biji, Mycophenolate 2 biji, MMT 3 biji, Omeprazole 2 biji, Calcium Lactate 1 biji, Calcitriol 1 biji dan Fluvoxamine 1/2 biji. Aduh banyaknya kakak kena makan tanpa jemu untuk sepanjang hayat kakak. Tapi tabah la kakak, kuatkan semangat untuk melawan penyakit kakak. Insyaallah mana la tau kalau diizinkan Allah s.w.t satu hari nanti kakak akan sembuh. Walau apa pun kakak, ibu amat menyayangi kakak selama-lamanya. Abah,Along, Angah, Achik dan Ammar juga sayangkan kakak
    :(

    ReplyDelete
  2. tq..ibu....ibu memberi sokongan kepada kakak.bu...sayang ibu :)
    sayang abah,along,angah,abg pis dan ammar...semoga ibu pun makan ubat jugak untuk darah tinggi tu...ubat ibu sikit ja kakak lagi banyak..hehehe :)

    ReplyDelete